Mantik Dan Tradisi Ilmu Islam: Taakulan Terhadap Pemikiran Al-Ghazzali

Satu hakikat yang harus diakui bahawa al-Ghazzali telah berjaya melakukan satu bentuk anjakan paradigma dalam bidang Mantik dengan mengemukakan beberapa ideanya dalam bidang tersebut sesuai dengan pemikiran masyarakat Islam pada zamannya. Kitab al-Mustasfa yang dihasilkannnya bukan sahaja sebuah karya Usul al-Fiqh semata-mata, malahan juga adalah sebuah karya ilmiah yang cuba untuk memertabatkan Mantik sebagai suatu disiplin ilmu ‘alat’ yang terasimilasi di dalamnya unsur-unsur ilmu Islam.